Perniagaan Tonggak Kemajuan Ekonomi

Melahirkan Pelajar Yang Berperwatakan Bisnes dan Usahawan Yang Berketrampilan.

Menjulang Nama SJ Corporation

Menjadikan SJ sebagai trademark dan jenama yang dikenali dikalangan masyarakat.

Perniagaan yang Lestari

Berbisnes sambil menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah.

Seiring Sejalan

Perniagaan yang dijalankan selari dengan amalan untuk dunia dan akhirat.

Fleksibel

Mampu bekerja dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka.

Saturday, September 27, 2014

Kursus Penyediaan Powerpoint

27 September 2014 : Kami telah menyertai kursus penyediaan powerpoint yang telah disampaikan oleh En. Syahman (pensyarah Kolej Komuniti Segamat) yang diadakan di Larkin Central.. Pelbagai info dan input yang berguna serta tips bagi menyediakan powerpoint untuk persembahan akhir syarikat-syarikat tunas bistari yang terlibat.. Sebanyak 20 syarikat tunas bistari yang akan keperingkat akhir pada 11 Oktober 2014 ini..Pada sebelah petangnya, setiap syarikat dikehendaki menyiapkan tugasan yang telah diberikan..Selepas itu, setiap syarikat dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka..Penilaian dan kritikan dilakukan agar setiap syarikat dapat mengenalpasti kesilapan dan kelemahan persembahan masing-masing..Harap kursus ini dapat membantu semua syarikat pada persembahan akhir nanti..

 Bergambar kenangan bersama penceramah, En. Syahman..


 
 Aktiviti tugasan setiap syarikat...

 
 Sesi persembahan setiap syarikat...

 
 Bergambar sebelum pulang..

    

Monday, September 8, 2014

Majlis Penutup Medaniaga Bistari 2014

7 Sept 2014 : Kemuncak Program Medaniaga Bistari 2014 telah berlangsung pada jam 2.45 petang di ruang legar Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.. Majlis penutup ini disempurnakan oleh Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim (Ketua Eksekutif Johor Corporation) dan Tn. Hj. Aminuddin Bin Adam (Pengarah Pendidikan Johor)..

 Majlis Perasmian Penutup..

 Ahli Tunas Bistari Sains Johor bergambar bersama tuan pengetua..

  Lawatan booth SJ Corporation oleh 
Dato' Kamaruzzaman, Ketua Eksekutif Johor Corporation..

 
Bergambar bersama pengetua dan Pengarah Pendidikan Johor, Tn. Hj. Aminuddin..
    
            

Tuesday, August 19, 2014

Taklimat Medaniaga Bistari 2014

19 Ogos 2014 : Telah diadakan taklimat Program Medaniaga Bistari 2014 dan sesi bersama mentor dan guru pembimbing Tunas Bistari di Dewan Kejiranan 11, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru..


Thursday, August 14, 2014

Laporan Tunas Bistari 2014

14 Ogos 2014 : Telah diadakan program persembahan laporan Syarikat Tunas Bistari bertempat di Bilik Kuliah, Masjid An-Nur Larkin Central, Johor Bahru.. Beberapa Syarikat Tunas Bistari membentang laporan perniagaan masing-masing.. Berikut adalah gambar sepanjang program tersebut..







 Tunas Bistari Sains Johor, SJ Corporation..
Tahniah atas komitmen anda!!!



SMK Mutiara Rini menjadi juara keseluruhan program ini..Tahniah!!!

Monday, July 28, 2014

Produk kami !!!

Produk SJ merupakan antara produk kami yang diminati pelajar SM Sains Johor sendiri mahupun pelajar luar dan juga bekas pelajar, ibubapa dan masyarakat umumnya sejak dari tahun 2011 lagi.. Terima kasih kepada semua dan diharap terus menyokong produk kami, SJ Clothing, Malaysia.."Support Our Local Product"


Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Tuesday, July 22, 2014

Kursus Tunas Bistari

22 Julai 2014 : Beberapa orang Ahli Tertinggi Tunas Bistari Sains Johor telah terlibat menyertai kursus yang dianjurkan oleh Johor Corporation bagi ahli Tunas Bistari daerah Kluang dan Batu Pahat.. Kursus dijalankan di SK Parit Raja, Batu Pahat.. Kursus ini dijalankan bagi membantu syarikat masing-masing untuk meningkatkan pengetahuan dalam ICT seiring dengan jualan produk yang dijalankan..Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan pasaran yang meluas didalam gerbang teknologi ICT..






   

Raffles Universiti

12 Julai 2014 : Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh kelab Fotografi SMSJ ke Raffles Universiti untuk sesi lawatan dan belajar berkaitan fotografi.. Kami bertolak ke Raffles pada jam 7.30 pagi.. Seramai 2 orang guru dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab dan Mercu terlibat dalam proses PNP diluar kelas ini..Terdapat 2 program yang disertai oleh pelajar iaitu fotografi dan grafik design.. Diharap ahli kelab mendapat input yang berguna disamping memberi pendedahan mengenai Raffles Universiti itu sendiri..








          
   

Thursday, June 26, 2014

Road to Johor Bahru

26 Jun 2014 : Merupakan hari untuk pembentangan syarikat di MPC, Johor Bahru.. Namun berikutan kemenangan JDT yang telah menjuarai liga super, program tersebut telah dibatalkan.. ~Ayuh JOHOR, Luaskan Kuasamu Johor~.. Berikutan pembatalan program tersebut dan bagi meraikan kemenangan JDT ini, kami ahli tunas bistari sains johor telah membuat aktiviti Road to JB bagi mengisi masa yang ada bersama sambil melihat panorama sekitar Johor Bahru..=)






Banyak gambar kat Pantai Lido..Maklumlah bila lagi dapat santai-santai camni..


 Taman Universiti..brekfesst..
Plaza Angsana..
 cantik cermin..
 Nasi ayam penyet..
Lunch time..


           

Sunday, March 2, 2014

Mega HOVAL 2014

27 Feb - 1 Mac 2014..

Saturday, February 22, 2014

Hari Bistari 2014

20 Februari 2014 : Baru-baru ini telah berlangsung program Hari Bistari bagi tahun 2014 di Persada Johor Bahru.. Program ini bermula dari 18 Februari lagi sehingga 20 Februari 2014.. Program Hari Bistari ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, iaitu YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin..


Pendaftaran..

Pameran dan medaniaga.. 


Waktu rehat, sempat berposing..

 Booth Johor Corporation..



 Majlis Penutup, dirasmikan oleh YAB Dato Mohamed Khalid Nordin (MB Johor)..

YAB MB melawat gerai medaniaga Tunas Bistari..