Perniagaan Tonggak Kemajuan Ekonomi

Melahirkan Pelajar Yang Berperwatakan Bisnes dan Usahawan Yang Berketrampilan.

Menjulang Nama SJ Corporation

Menjadikan SJ sebagai trademark dan jenama yang dikenali dikalangan masyarakat.

Perniagaan yang Lestari

Berbisnes sambil menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah.

Seiring Sejalan

Perniagaan yang dijalankan selari dengan amalan untuk dunia dan akhirat.

Fleksibel

Mampu bekerja dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka.

Monday, July 28, 2014

Produk kami !!!

Produk SJ merupakan antara produk kami yang diminati pelajar SM Sains Johor sendiri mahupun pelajar luar dan juga bekas pelajar, ibubapa dan masyarakat umumnya sejak dari tahun 2011 lagi.. Terima kasih kepada semua dan diharap terus menyokong produk kami, SJ Clothing, Malaysia.."Support Our Local Product"


Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Tuesday, July 22, 2014

Kursus Tunas Bistari

22 Julai 2014 : Beberapa orang Ahli Tertinggi Tunas Bistari Sains Johor telah terlibat menyertai kursus yang dianjurkan oleh Johor Corporation bagi ahli Tunas Bistari daerah Kluang dan Batu Pahat.. Kursus dijalankan di SK Parit Raja, Batu Pahat.. Kursus ini dijalankan bagi membantu syarikat masing-masing untuk meningkatkan pengetahuan dalam ICT seiring dengan jualan produk yang dijalankan..Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan pasaran yang meluas didalam gerbang teknologi ICT..






   

Raffles Universiti

12 Julai 2014 : Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh kelab Fotografi SMSJ ke Raffles Universiti untuk sesi lawatan dan belajar berkaitan fotografi.. Kami bertolak ke Raffles pada jam 7.30 pagi.. Seramai 2 orang guru dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab dan Mercu terlibat dalam proses PNP diluar kelas ini..Terdapat 2 program yang disertai oleh pelajar iaitu fotografi dan grafik design.. Diharap ahli kelab mendapat input yang berguna disamping memberi pendedahan mengenai Raffles Universiti itu sendiri..