Perniagaan Tonggak Kemajuan Ekonomi

Melahirkan Pelajar Yang Berperwatakan Bisnes dan Usahawan Yang Berketrampilan.

Menjulang Nama SJ Corporation

Menjadikan SJ sebagai trademark dan jenama yang dikenali dikalangan masyarakat.

Perniagaan yang Lestari

Berbisnes sambil menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah.

Seiring Sejalan

Perniagaan yang dijalankan selari dengan amalan untuk dunia dan akhirat.

Fleksibel

Mampu bekerja dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka.

Saturday, September 27, 2014

Kursus Penyediaan Powerpoint

27 September 2014 : Kami telah menyertai kursus penyediaan powerpoint yang telah disampaikan oleh En. Syahman (pensyarah Kolej Komuniti Segamat) yang diadakan di Larkin Central.. Pelbagai info dan input yang berguna serta tips bagi menyediakan powerpoint untuk persembahan akhir syarikat-syarikat tunas bistari yang terlibat.. Sebanyak 20 syarikat tunas bistari yang akan keperingkat akhir pada 11 Oktober 2014 ini..Pada sebelah petangnya, setiap syarikat dikehendaki menyiapkan tugasan yang telah diberikan..Selepas itu, setiap syarikat dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka..Penilaian dan kritikan dilakukan agar setiap syarikat dapat mengenalpasti kesilapan dan kelemahan persembahan masing-masing..Harap kursus ini dapat membantu semua syarikat pada persembahan akhir nanti..

 Bergambar kenangan bersama penceramah, En. Syahman..


 
 Aktiviti tugasan setiap syarikat...

 
 Sesi persembahan setiap syarikat...

 
 Bergambar sebelum pulang..

    

Monday, September 8, 2014

Majlis Penutup Medaniaga Bistari 2014

7 Sept 2014 : Kemuncak Program Medaniaga Bistari 2014 telah berlangsung pada jam 2.45 petang di ruang legar Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.. Majlis penutup ini disempurnakan oleh Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim (Ketua Eksekutif Johor Corporation) dan Tn. Hj. Aminuddin Bin Adam (Pengarah Pendidikan Johor)..

 Majlis Perasmian Penutup..

 Ahli Tunas Bistari Sains Johor bergambar bersama tuan pengetua..

  Lawatan booth SJ Corporation oleh 
Dato' Kamaruzzaman, Ketua Eksekutif Johor Corporation..

 
Bergambar bersama pengetua dan Pengarah Pendidikan Johor, Tn. Hj. Aminuddin..